Hati bagai dihiris-hiris,
Dengan bilahan kata yang dihunus buta.
Ke kiri melihat dosa bertimbun,
Ke kanan merenung baik sececah.
Andai perit ini mengundang sabar,
Andai pahit ini meniup sedar,
Rela ku telan sakitnya,
Biar mengaduh di tengahnya.
Kerana aku bukan mahu senyum kalian,
Tapi hanya redha Tuhan,
Yang hanya ku harap di sepanjang perjalanan.
Comments
Post a Comment