Pembatalan UPSR
Sejak 2012 sudah ura-ura
Biarlah berhenti segala gila
Belajar hanya kerana periksa
Belum sedia dah dipaksa baca
Anak belajar dalam paksa
UPSR menjadi titik kiblatnya
Kalau tiada, nak belajar sebab apa?
Kata mereka mereka
Covid-19 menjengah negara
Kehidupan kembali ditata
Dahulukan yang penting sahaja
UPSR dibatalkan semua
Virus halus mengajar kita
Pulang kepada asal cerita
Hentikan kitaran yang menyeksa
Kembali kepada niat pertama
Biar belajar untuk kenal dunia
Insan seimbang matlamat utama
Biar belajar untuk Tuhan semata
Lautan ilmu diselam sepenuh jiwa
Kembanglah akal mekarlah jiwa
Dengan ingin tahu dan cakna
Fikir aras tinggi merentas masa
Kiblat belajar dilaras semula
NEK
16 April 2020
Comments
Post a Comment