Dalam masa yang sama,
Di sebuah negeri nun jauh di sana,
Anak 3 tahun belum tahu pakai kasut,
Anak 4 tahun berak masih bertadah pampers,
Anak 5 tahun tak pandai menyarung seluar sendiri,
Anak 6 tahun masih minum menyonyot botol.
Anak 7 tahun belum biasa flush najis sendiri.
Anak belasan tahun belum tahu mengurus sampah sendiri.
Tapi membaca mesti pandai.
Dalam kelas harus nombor 1.
Semuanya atas dasar KESIAN.
Kesian anak terkulat-kulat memakai kasut,
Kesian anak menangis cari puting,
Kesian anak menjengket menggapai tali flush.
Kesian kalau tak pandai masuk kelas belakang.
Kesian lagi kami menonton manusia laksana burung kakak tua, bijak melantun suara tanpa makna,
tapi berak masih disental orang,
Air pula disua orang,
Makan masih ditabur,
hakikatnya belum tentu pandai terbang
Mengemudi hidup, membelah angkasa.
Bijaklah meletak kasih dan kasihan,
Jangan kerana kasih, anak normal jadi OKU yang tak pandai urus diri.
Comments
Post a Comment