Di sebalik jalan

Di sepanjang perjalanan,

Aku pernah lihat

Ada kegusaran dibalik kemegahan

Ada kekurangan dibalik kemewahan

Ada ketakutan dibalik kekuatan

Lama renungku dipersimpangan

Mahu ku teruskan jalan

atau menukar haluan.


Di sepanjang penantian,

Aku pernah lihat

Pernah ada kesedihan dibalik kebahagiaan,

Pernah ada kekalutan dibalik ketenangan,

Pernah ada ujian dibalik kebijaksanaan.


Laluku heret langkahku menukar haluan,

Jalan yang jarang dilalui insan,

Menebas denai kekusutan

Untuk mencari sebuah keredhaan.


NEK

14 Apr 2019 


Comments