Dalam titis air mengalir
Menghadapi bayangan diri
Bola mata memerah
Merembes embun masin
Hati yang remuk berkecai
Sisanya ku bawa
ke daerah Gangnam
Kota yang bingit
Biar pekak jiwaku
Dari kerusi keretapi merah jambu
Ke anak kecil berlari
Mengheret aku untuk kembali
Ke daerah sepi
Tuhan
Biar menggila kecewaku
Biar ganas ombak rasa
Biar berkecai hati
Redhai aku
Kerana itu melebihi
Segala duka tawa dunia
Dan isinya.
NEK
Terminal Bas Ekspres Seoul, Gangnam
3/10/2019
11.58 am
Comments
Post a Comment